Bajet 2013: Bonus sebulan setengah pada
penjawat awam. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat
membentangkan Belanjawan 2013 yang menggariskan lima fokus utama untuk
meningkatkan taraf hidup rakyat di seluruh negara.
Belanjawan bertemakan "Memakmur Negara,
Mensejahtera Rakyat : Sebuah Janji Ditepati" itu bakal memberi keselesaan
kepada pelbagai lapisan masyarakat termasuk masyarakat desa, petani, buruh,
nelayan, guru, pekebun kecil, pensyarah, karyawan, penjawat awam dan golongan
profesional serta usahawan.
Bajet 2013: Ringkasan Pembentangan Bajet 2013
Gambaran umum
- Pendapatan per kapita negara sebanyak
RM31,000 dan rizab antarabangsa sebanyak RM432.2 bilion.
- Hasil kerajaan pada 2013 dijangka sebanyak
RM208.6 bilion berbanding RM207 bilion pada 2012.
- Defisit kerajaan pada 2013 dijangka sebanyak
4 peratus berbanding 4.5 peratus pada 2012.
- Perbelanjaan mengurus sebanyak RM201.9
bilion dan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM49.7 bilion.
Isi penting
- Perbadanan Nasional Bhd menyedia kemudahan
pinjaman hingga RM25,000 bagi pemegang lesen dan RM500,000 bagi penyedia lesen
menerusi program Transformasi Perniagaan.
- Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus untuk 10
tahun bagi aktiviti penapisan produk petroleum kepada yang layak.
- Program Insentif Global bagi Perdagangan
(GIFT) ditambah baik dengan pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas
pendapatan berkanun bagi tempoh tiga tahun pertama operasi.
- Perbelanjaan menerbitkan AgroSukuk diberi
potongan cukai dua kali bagi tempoh empat tahun mulai tahun taksiran 2012
hingga 2015.
- Dana Infra Nasional Bhd menerbitkan bon
runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk membiayai pembangunan MRT.
- RM3.0 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan
projek permulaan (EPP) bagi tahun 2013.
- Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik
berjumlah RM1.0 bilion di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk
aktiviti penyumberan luar dan pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan.
- Penyediaan dana sebanyak RM1.0 bilion di
bawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalian SME Bank.
Industri halal
- SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan
Islam akan menyediakan Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta untuk membiayai
modal kerja PKS terlibat.
- Pemberian insentif cukai bagi pelaburan
dalam aktiviti penapisan produk petroleum dengan pengecualian cukai pendapatan
penuh untuk 10 tahun, pengecualian cukai pegangan dan duti setem.
- Pemberian pengecualian cukai pendapatan
penuh untuk 3 tahun pertama pengendalian syarikat dagangan LNG.
Petani, nelayan &
penjaja kecil
- Skim perlindungan insurans berkelompok
kepada penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan had maksimum RM5,000 dengan
peruntukan RM16 juta setahun.
- Memperkenalkan empat kawasan jelapang padi
baru berkeluasan 19,000 hektar di Kota Belud, Batang Lupar, Rompi dan Pekan,
dijangka menghasilkan 104,000 tan metrik padi.
- Sebanyak 55,000 nelayan diberikan bantuan
RM200 sebulan dan skim insurans perlindungan dengan perlindungan maksimum
hingga RM100,000.
- Subsidi dan insentif pertanian sebanyak
RM2.4 bilion diteruskan.
- Memperkenalkan skim takaful pertanian
sehingga RM13,000 kepada 172,000 pesawah.
Galakan amanah perniagaan
- Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10
tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange, pengecualian duti setem
berstatus TRX Marquee dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah.
- Yayasan Wakaf Malaysia, di bawah Jabatan
Wakaf Zakat dan Haji diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf
Korporat dengan mengambil kira struktur perundangan Agama Islam Negeri.
- RM9.0 bilion atau 43 peratus daripada nilai
kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera.
- Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1.0
bilion akan disediakan oleh SME Bank untuk membantu PKS membiayai
pengambilalihan anak syarikat milik GLC yang menjalankan aktiviti bukan teras
dan telah dikenal pasti untuk dijual.
- Skim Jaminan Modal Kerja akan dilanjutkan
sehingga Disember 2013, dan diperluaskan kepada syarikat Bumiputera Berprestasi
Tinggi serta kelayakan manakala dana pemegang saham syarikat ditingkatkan
kepada RM20 juta.
Pasaran modal
- Terbitan dua tawaran permulaan awam (IPO)
terbesar di dunia melalui Felda Global Ventures Holdings (RM9.9 bilion) daqn IHH
Health Berhad (RM6.3 bilion).
- Dana Infra Nasional Bhd akan terbitkan bon
runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk biayai pembangunan MRT.
- Perbelanjaan tambahan menerbitkan bon dan
sukuk runcit akan diberi potongan cukai dua kali mulai tahun taksiran 2012
hingga 2015.
- Pelabur individu diberi pengecualian duti
setem ke atas surat cara yang terlibat dalam urus niaga bon dan sukuk runcit.
- Suruhanjaya Sekuriti perkenal inisiatif Graduate
Representative Program dengan sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan.
- Peruntukan modal Danajamin ditambah sebanyak
RM400 juta dalam tempoh dua tahun. Suntikan ini dapat melipatgandakan nilai
terbitan antara RM4.0 bilion hingga RM6.0 bilion.
- RM100 juta disediakan kepada Yayasan Pasaran
Modal melalui Tabung Pembangunan Pasaran Modal di bawah kawal selia Suruhanjaya
Sekuriti.
Pasukan keselamatan
- Seramai 125,708 anggota tentera diberikan
insentif khas RM200 sebulan.
- Elaun wataniah dinaikkan dari RM4 kepada
RM7.8 sejam.
- Seramai 224,000 pesara tentera tidak pencen
mendapat bantuan one-off RM1,000.
- Seramai 242,200 anggota polis dan tentera
akan menerima insurans berkelompok kepada dengan had perlindungan RM15,000.
Pinjaman perumahan &
pelatih praperkhidmatan
- Pinjaman perumahan penjawat awam akan
disusun semula, manfaat dan bantuan kekal 4 peratus.
- Seramai 31,135 pelatih akan mendapat
kenaikan elaun praperkhidmatan.
- Unit Rondaan Bermotosikal dengan 1,000
motosikal di kawasan perumahan.
- SPRM akan ditambah baik dengan penambahan 150
perjawatan (5,000 anggota).
Imbuhan
- Seramai 1.4 juta ahli Perkeso diberikan
pemeriksaan percuma bernilai RM200 juta.
- Diskaun separuh harga bayaran pasport kepada
warga emas RM150 untuk lima tahun dan RM80 untuk dua tahun.
- Sebanyak 40,000 tangki air akan dibekalkan
di pedalaman Sabah-Sarawak.
- Sebanyak RM100 juga diperuntukkan untuk
menaik taraf 350 klinik kerajaan.
- Pemeriksaan percuma mamogram untuk 100,000
wanita.
- Rebat kepada belia (21-30 tahun) RM200 untuk
pembelian telefon pintar 3G.
- Diskaun separuh harga tambang Komuter bagi
pengguna berpendapatan bawah RM3,000.
- Had pendapatan Skim Rumah Pertamaku ditetapkan
RM10,000 untuk suami-isteri dan RM5,000 untuk individu dengan nilai hartanah
tidak lebih RM400,000.
- Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M) RM250
kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan bawah
RM2,000.
- Diskaun separuh harga tambang feri
Sarawak-Labuan-Sabah.
- Bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar
sekolah diteruskan.
- Baucar buku RM250 kepada pelajar universiti
diteruskan.
- Pelepasan cukai SSPN dinaikkan daripada
RM3,000 kepada RM6,000.
- Pemberian diskaun 20 peratus kepada
penyelesaian sekali gus pinjaman PTPTN (sehingga 30 September 2013).
- Diskaun 10 peratus kepada pembayar PTPTN
yang konsisten.
- Pemberian bonus sebulan setengah kepada
penjawat awam.
No comments:
Post a Comment