Ilmu adalah pengetahuan tentang hakikat sesuatu. Ilmu memandu
manusia berfikir dengan baik. Kehebatan ilmu mampu menundukkan nafsu jika ia
didasari keimanan. Ketajaman ilmu mampu membunuh kesangsian. Ilmu mampu
menghapuskan kejahilan dan kemudaratan. Ilmu juga mampu menghindari kemunduran
dan kelemahan.
Kehebatan akal yang mampu berfikir dengan cemerlang,akan
melahirkan hikmah daripada ilmu. Jika ilmu adalah jasad hikmah pula adalah
nyawa. Jika ilmu adalah apa yang tersurat hikmah pula adalah falsafah yang
tersirat.
“TUGAS
UTAMA GURU ADALAH MENGAJARKAN ILMU,
AJAR
MEREKA SUPAYA MENCINTAI ILMU”
Bukankah Saidina Ali pernah mengatakan
dalam kata-katanya yang masyhur ketika membandingkan antara ilmu dengan harta.
“ Ilmu itu lebih baik daripada harta,ilmu
menjaga engkau dan engkau penjaga harta. Ilmu itu dapat menjaga tuannya
tetapi harta itu dijaga oleh tuannya.” Berapa
ramai orang yang terpaksa menjaga hartanya sedangkan ilmu bersusah payah menjaga
dan menyelamatkan tuannya.
Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta itu terhukum. Ilmu yang akan
menghakimi atau menentukan antara yang hak dengan yang batil,antara yang asli
dengan yang palsu,antara yang mulia dengan yang hina,sedangkan harta ia
dihakimi sama ada halal atau haram,baik atau buruk.
Ilmu bertambah bila dibelanjakan harta itu
berkurang apabila dibelanjakan. Ilmu itu semakin digunakan dan diajar kepada orang semakin bertambah
berkat,bertambah kemahiran si pemiliknya. Sebaliknya harta
semakin kita menggunakannya ia semakin berkurang dan lama kelamaan
habis.
Semakin banyak ilmu semakin banyak kawan
semakin banyak harta semakin banyak lawan. Orang ilmu semakin
didekati,didampingi,dijadikan rujukan dan dijadikan kawan adapun orang yang
semakin banyak harta semakin banyak musuhnya. Semakin diintai oleh si pencuri
yang mencari peluang mengambil hartanya,si pendengki yang mengharapkan
kehilangan hartanya.
Kalau kail panjang sejengkal jangan lautan
hendak diduga. Maka, kalau kail itu belum cukup panjang kenapa tidak diusahakan
memanjangkannya. Justeru persiapi diti kita sebagi guru dengan segala ilmu dan
kemahiran yang perlu.
Guru seharusnya berusaha untuk menjadi
seorang yang menguasai bidang yang di ajar. Penguasaan ilmu dapat diperolehi
melalui pengamalan ilmu. Mengamalkan ilmu tidak semudah menyampaikannya. Penyampai
perlu menghayati dan mempraktikannya dahulu sebelum bijak membicarakannya di ahadapan pelajarnya.
Jika kita kotakan apa yang kita ajarkan sudah asti banyak hikmah yang melimpah.
Bukankah guru yang baik adalah guru yang
sentiasa menjadi ikutan pelajarnya. Jika guru boleh menjadi model baik sudah
pasti pelajar dilahirkan nanti bijak dan berakhlak mulia.
RASULULLAH SAW PERNAH BERSABDA:
APABILA MATI SESEORANG ANAK ADAM MAKA TERPUTUSLAH AMALANNYA
MELAINKAN TIGA PERKARA IAITU : SEDEKAH JARIAH,ILMU YANG DIMANFAATKAN DAN DOA
ANAK YANG SOLEH
(HR BUKHARI,TARMIZI & NASA’I)
Betapa besarnya asaham seorang guru yang mengajarkan ilmu
kepada orang lain kemudian orang tersebut mengajarkan pula ilmu itu kepada orang
lain seterusnya proses ini akan berterusan. Demikian juga pahalanya akan terus
mengalir buat guru yang mengajarkannya walaupun telah lama meninggal dunia.
GURU YANG MENGAJAR ILMU BAGAI
TERLIBAT DALAM MLM,MLM YANG DIMAKSUDKAN DISINI BUKAN MULTI LEVEL MARKETING
TETAPI MANUSIA LAHIRKAN MANUSIA YANG BERJIWA MANUSIA DAN BERSIFAT MANUSIA
KERANA ADA JUGA MANUSIA TETAPI BERJIWA HAIWAN
BIAR KITA MENJADI GURU KERANA SUKA
BUKAN SUKA-SUKA MENJADI GURU
No comments:
Post a Comment