Instrumen bersepadu nilai kompetensi pegawai pendidikan

 

KUALA LUMPUR 26 Sept. - Kementerian Pelajaran sedang membangunkan "1Unified Instrument" atau instrumen bersepadu untuk menilai tahap kompetensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di seluruh negara, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, berdasarkan penilaian itu, pegawai yang dikenal pasti tidak mencapai tahap kompetensi ditetapkan akan diberi latihan melalui modul latihan bersesuaian, mengikut tahap kompetensi mereka.

"Dalam konteks ini, tenaga kepakaran di institut pendidikan guru, Institut Aminuddin Baki, Pusat Pengajaran Bahasa Inggeris dan bahagian-bahagian tertentu di Kementerian Pelajaran akan digembeleng dan digerakkan sebagai jurulatih utama untuk melaksanakan latihan peningkatan profesionalisme, diterajui sepenuhnya oleh Bahagian Pendidikan Guru," katanya ketika menjawab soalan Mohd. Nor Othman (BN-Hulu Terengganu) pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment