KUALA LUMPUR, 26 Sept — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz (gambar) hari ini menerima memorandum daripada Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia atau lebih dikenali sebagai Dong Zong berkaitan pendidikan Cina di negara ini.
Beliau berkata beliau akan menyerahkan memorandum itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada mesyuarat mingguan Kabinet Jumaat ini supaya dapat dibincangkan langkah bagi mengatasi masalah yang mereka hadapi terutama masalah kekurangan guru dan penempatan guru tidak berkelayakan bahasa Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).
Selain itu ia berkaitan dengan peruntukkan penubuhan sekolah persendirian Cina di Kuantan serta pendaftaran jawatankuasa pengelola sekolah dengan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), katanya selepas menerima kunjungan dari wakil Dong Zong di pejabatnya di Parlimen di sini, hari ini.
Seramai 20 orang wakil Dong Zong yang diketuai oleh Pengerusinya, Dr Yap Sin Tian telah mengadakan perjumpaan dengan Nazri pagi tadi.
Terdahulu kira-kira 600 orang menyertai perhimpunan aman Dong Zong di Padang Merbok di sini sebagai memberi sokongan kepada persatuan tersebut menghantar memorandum itu kepada Perdana Menteri.
Sementara itu Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong memberitahu sidang media bahawa kementerian itu sentiasa mengambil berat akan masalah-masalah yang dihadapi oleh pendidikan Cina di negara ini dan sentiasa memastikan isu kekurangan guru di SJKC dapat diselesaikan secepat mungkin.
Beliau turut menafikan perhimpunan itu bertujuan untuk menggesanya meletak jawatan. — Bernama

No comments:
Post a Comment