Pelan yang bersifat futuristik, komprehensif, demokratik dan mengambil kira pandangan pelbagai golongan.
Rombakan sistem pendidikan itu terkandung dalam laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, pagi tadi.
Sistem pendidikan kata Perdana Menteri, perlu seiring ekonomi baru berdasarkan pengetahuan, teknologi dan inovasi, serta mampu berdepan cabaran mengolah sistem pendidikan untuk era masa depan yang berubah begitu pantas.
DATUK SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK/ PERDANA MENTERI
"Penegasan kepada soal nilai, demonstrasi jalanan tidak harus dipupuk, apatah lagi melondeh seluar tidak boleh kita galakkan, rombakan dalam sistem pendidikan, membawa kita ke mercu kejayaan".
Tambahnya, sejak merdeka, Malaysia memperuntukkan pelaburan yang besar dalam bidang pendidikan, antara peruntukan tertinggi di rantau Asia.
Pada tahun 2011, perbelanjaan pendidikan merangkumi 3.81 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar, KDNK dan 8.7 peratus daripada perbelanjaan kerajaan.
Bagi memaksimumkan pulangan, kerajaan akan memastikan setiap ringgit yang dibayar oleh pembayar cukai digunakan sebaik mungkin.
http://www.tv3.com.my/beritatv3/berita_terkini/terkini_1347349077.html
No comments:
Post a Comment