30 PIBG sekolah terima peruntukan

KUANTAN . - Sebanyak 30 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi sekolah rendah dan menengah di bawah Parlimen Indera Mahkota menerima peruntukan yang disalurkan oleh Majlis Pembangunan Keluarga dan Masyarakat (Mayang).

Bagi PIBG sekolah menengah, setiap sekolah terbabit akan menerima RM5,000 manakala sekolah rendah RM4,000.

Pengerusi Mayang Parlimen Indera Mahkota, Datuk Mohd. Hazmi Yusof berkata, peruntukan tersebut sesuai dengan janji yang pernah diberikan kepada persatuan sejak tahun lalu.
“Saya berharap peruntukan berkenaan dapat digunakan sebaik mungkin untuk meningkatkan lagi kecemerlangan sekolah yang diwakili selaras dengan aspirasi negara melahirkan masyarakat berpendidikan cemerlang," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan cek kepada PIBG sekolah terbabit di sini semalam.

Dalam pada itu, Pengerusi PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Baging, Mohd. Aliyas Hamdan berkata, pemberian peruntukan itu membolehkan sekolah menganjurkan lebih banyak aktiviti dan program kecemerlangan.
Menurutnya, sebagai sekolah luar bandar, peruntukan itu dapat membantu para pelajar merasai kemudahan seperti sekolah di kawasan bandar.
“Kita akan memfokuskan persediaan untuk menghadapi peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

No comments:

Post a Comment