Motivasi


HIKMAH SYURGA & NERAKA


SEKALI sekala, bagaikan ada yang berbisik di telinga, otak saya tiba-tiba memikirkan pelbagai persoalan membabitkan ketauhidan Allah SWT bersama sifat-sifat-Nya.
Antara yang terlintas adalah mengapa Allah mencipta syurga dan neraka. Jika Allah itu mempunyai sifat Ar-Rahim (Maha Penyayang), mengapa Allah menciptakan neraka untuk dihuni makhluk-makhluk-Nya? Bukankah lebih mudah bagi Allah memasukkan semua makhluk-Nya ke dalam syurga? Tidak perlu manusia melalui hari kebangkitan semula dan seterusnya menempuh hari pembalasan. Persoalan-persoalan ini jika tidak dibimbing dengan jawapan yang betul pastinya boleh menggugat iman seseorang.

Apatah lagi jika yang berbisik mengenai soalan itu adalah syaitan. Pastinya juga dia yang mencadangkan jawapan yang membuatkan manusia berprasangka buruk terhadap Allah SWT.
Saya pernah mengikuti kuliah seorang ustaz yang berbicara mengenai perkara ini. Pernah suatu masa seorang gadis ditegur kerana tidak menutup aurat oleh seorang ustaz. Antara peringatan yang diberikan adalah orang yang tidak menutup aurat bakal menjadi penghuni neraka.

Selama diberikan ‘tazkirah’, gadis itu langsung tidak memandang wajah ustaz tersebut dan dengan sombong melihat ke tempat lain sambil membuat wajah bosan. Namun selepas selesai ustaz tersebut memberikan nasihat, gadis tersebut tiba-tiba bersuara dengan bertanyakan; “Jika benar Allah itu baik, kenapa cipta neraka?” Terkesima dengan soalan yang tidak diduga itu, namun tidak membuatkan ustaz itu melatah. Persoalan tersebut bersangkut paut dengan rukun Iman dan sifat-sifat Allah. Jika dibiarkan boleh rosak akidah gadis tersebut.

Maka dengan tenang dan bersahaja ustaz tersebut menjawab; “Dik, jika Allah tidak menciptakan neraka, tak perlulah saya melakukan perkara ‘amar maruf nahi munkar’ ini. Lebih baik saya jadi tauke judi, minum arak atau jadi bapa ayam. Hidup senang, lagipun lepas mati saya dijamin masuk syurga.
“Adik ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau lari saya bunuh saja, senang. Tak perlu risau sebab nanti masuk syurga juga.” Jawapan tersebut benar-benar membuatkan gadis itu terkejut kerana sama sekali tidak menyangka ustaz tersebut menjawab persoalannya tadi dengan jawapan sedemikian rupa. Sebelum gadis tersebut menjadi lebih keliru, ustaz tersebut menyambung; “Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga. Maka apa guna jadi orang baik? “Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan lulus ujian. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga. Perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga. “Selepas itu boleh rogol lagi kalau dia mahu, tiada siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu baik. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Adik rasa, adil ke?,” tanya ustaz berkenaan.

“Ah. Mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas macam tu saja?,” rungut si gadis. Ustaz itu tersenyum dan menyoal lagi; “Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?” Gadis tu terdiam.
Lalu ustaz mengakhiri kata-katanya; “Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-Nya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain.

“Saya rasa adik dah faham sekarang. Kita sedang diuji di atas dunia ni. Ingatlah, jasad kita bahkan segala-galanya adalah milik Allah, maka bukan hak kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah, semuanya yang dipinjamkan oleh-Nya adalah amanah dan ujian. Semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintah-Nya, untuk kebaikan diri kita juga.” Begitulah jawapan serta contoh ringkas bagi menjawab persoalan yang saya rasakan begitu berat selama ini. Sesungguhnya akal manusia itu amatlah terbatas, tidak sampai setitis pun daripada ilmu yang ada pada Allah.

Kerana itu ada perkara yang kita digalakkan untuk berfikir. Antara persoalan yang boleh difikir adalah mengapa Allah menciptakan kita sebagai khalifah di muka Bumi ini, mengapa Allah mencipta dosa dan neraka dan juga berfikir betapa besarnya kuasa yang menjadikan langit serta Bumi ini.

Namun ada juga persoalan yang tidak digalakkan untuk kita berfikir kerana dibimbangi didorong oleh hawa nafsu dan tipu daya syaitan. Seperti contoh, mengapakah Allah menciptakan malaikat daripada cahaya, manusia daripada tanah dan syaitan daripada api? Antara soalan yang begitu mudah dipesongkan oleh syaitan adalah persoalan yang berkait rapat dengan ketentuan syariat. Seperti keizinan berpoligami dalam Islam. Jika difikirkan secara rasional sudah tentulah kita melihat Islam itu tidak adil dan menindas wanita. Bukankah poligami itu menyebabkan ketidakadilan? Kerana itu timbullah golongan elit yang kononnya memperjuang hak asasi wanita ini yang terdiri daripada orang Islam sendiri.

Ada juga yang terlalu memikirkan rasional di sebalik ketetapan syariat seperti pelaksanaan hukuman jenayah yang telah disabitkan dalam nas-nas al-Quran yang jelas. Pemikir-pemikir ini sebenarnya membawa aliran orientalis tanpa disedari di mana mana persoalan yang berlegar di minda mereka dijawab secara ‘bijaksana’ oleh syaitan yang sentiasa menunggu peluang memperdayakan manusia.

Maka Islam itu dilihat kejam dan Allah itu dilihat tidak adil. Tetapi mereka bijak bersembunyi dan tidak menyalahkan Allah secara terang-terangan dalam perkara ini. Yang menjadi sasaran adalah ulama terdahulu. Mereka dituduh kolot dan gagal menyesuaikan al-Quran dengan peredaran zaman.

Maka sentiasalah berpesan pada diri bahawa ciptaan Tuhan tidak pernah sia-sia kerana antara sifat-sifat-Nya adalah apa yang dicipta oleh-Nya tidak ada yang sia-sia, sama ada yang kecil mahupun yang besar semuanya berlaku dengan penuh hikmah.

Ada antaranya mengandungi ilmu, didikan mahupun pengajaran, sekalipun seekor hama halus di tengah belantara. Dijadikan oleh Allah dengan dengan manfaat serta hikmah yang tersembunyi sama seperti seekor kuman di atas gunung yang tinggi dan di dalam batu pepejal. Maka berimanlah. Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 190-191 yang bermaksud: “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berakal. “(Mereka adalah) orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk, atau dalam keadaan berdiri dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata); Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia; Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada seksa neraka.”





TIPS SUPAYA TIDAK LUPA

Kita selalu dengar perkataan" alahai saya lupa la"

Di sini,.saya berikan tips supaya tidak lupa.
Elakkan makan


  • Makan makanan dan minuman yang dimasukki serangga(contoh semut)sebabnya serangga merembeskan bahan kimia ketika mereka bergelut untuk tidak lemas dalam mknan/minuman
  • Makan epal masam
  • Makan kepala ikan
  • Makan organ dalaman binatang
  • Membaca tulisan pada batu nisan di tanah perkuburan
  • Sering melihat kemaluan orang lain atau sendiri tanpa sebab
  • Melihat najis keluar ketika buang air besar

Tips untuk kuatkan ingatan
  • Elakkan sebut saya lupa la
  • Amalkan Tidur Yang Cukup 
  • 1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu, amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.
  • Mengawal Tekanan
- Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.

  • Berhati-hati Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan
Sesetengah produk yg dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yg kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yg memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan vitamin yg diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan yg seimbang atau rujuk dahulu doktor yg bertauliah sebelum?membeli makanan tambahan.
  • Bersenam
- Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik. Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.
  • Elakkan Kemurungan
- Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.
  • Awasi Pengambilan Ubat
- Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.

  • Permainan
  •  Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.

- Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda.
  • Banyak Membaca
- Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan.
  • Katakan Berulang Kali
- Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut.
  • Fokus
- Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan.
  • Bermain Dengan Angka
- Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka-angka tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.
  • Membaca Al-Quran
- Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.
  • Banyakkan berzikir 
*******************************





السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
(Saya telah menerima e-mel dari seorang rakan yang mengingatkan kita tentang penggunaan salam yang betul)
SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN “SALAM”? Apakah maksud disebaliknya?
Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:”Salam
(selamat tinggal)”. Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk). (QS. 43:89)
Oleh itu adalah baik gunakan, ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH…
Ilmu untuk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.
Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhiwabarakatuh”
Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan – “Assalamualaikum” dan…Jawab salam – “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”
Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat. Jawab salam yang betul ialah ;
“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;
“WAALAI KUM SALAM”
Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, ASSALAMUALAIKUM saya pada ASHREE ye” …
Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer” dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer”.
Kata-kata ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan! Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum”
dengan “A’kum” dalam SMS atau apa-apa sekalipun melalui tulisan.
Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.
Sama-samalah kita mengingatkan rakan-rakan yang selalu sangat guna perkataan “A’kum” dalam SMS ataupun e-mel. Perkataan ‘AKUM’ ialah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG’ dalam Bahasa Ibrani iaitu singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT’.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar ‘shortform’ “A’kum”, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum”. Jangan guna “A’kum” kerana”A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi. Jangan guna “Semekom” kerana”Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan” As Salam” sebagai singkatan bagi”Assalammualaikum.”
Sama-samalah kita saling mengingat sesama Islam agar dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesilapan dan dosa.
Sekian, semoga ada manfaatnya.
********************* AMALAN MENGUATKAN TUBUH BADAN


Diet seimbang adalah kunci utama untuk sehat selain dari amalan pemakanan yang betul. Sejak saya berazam untuk kurus haritu sudah masuk fasa ke dua saya lalui. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Saya ambil tips Imam Al Ghazali untuk menguatkan tubuh badan. Badan kita ni kena jaga. Kalau nak pakai lama kenalah berkorban sedikit. Untuk mendpatkan kesihatan yang sempurna kena buat stail diet kamekaze.
Antara amalan yang boleh menguatkan tubuh badan ialah:
1. Makan Daging- Daging terbaik ialah daging kambing. Seminggu sekali pun jadilah. Daging ni tak boleh makan hari-hari. Ia akan menyebabkan penyakit lain datang.

Lamb Chop dibaham sampai licin
2. Pakai harum-haruman- Yang ni jarang lelaki nak buat. Perempuan biasa la. Pakai minyak wangi bukan untuk orang lain, pakai untuk diri sendiri. Lepas ni bolehla beli minyak wangi untuk digunakan bagi menguatkan tubuh badan.
3. Mandi- Sebaik-baiknya mandi dua kali sehari. Lebih pun tak apa. Bila kita mandi, aura-aura negatif dan busuk-busuk badan tu akan hilang menjadikan badan kita siha dan kuat. Mandi yang paling baik ialah sekitar 10-15 minit. Kurang daripada tu mandi katun namanya.
4. Pakai pakaian diperbuat daripada kapas- Kapas ni sifatnya lembut dan sejuk. Bila kita pakai rasa selesa.
Jom sihat bersama saya. Sedang merangka aktiviti hardcore untuk sehat tanpa produk kesihatan.

No comments:

Post a Comment