Guru pelatih IPG Rajang anjur projek eksplorasi kreativiti kanak-kanak

BINTANGOR: Selaras dengan transfomasi pendidikan ke arah pembangunan modal insan yang inovatif dan kreatif, pensyarah bersama guru-guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Rajang telah berusaha merancang Projek Eksplorasi Kreativiti Kanak-kanak.

Penganjuran program itu adalah bermatlamat untuk membangkitkan perkembangan domain kreativiti kanak-kanak ke arah pembelajaran yang bermakna dan menyeronokkan.

Sebanyak 12 jenis kit pembelajaran dan permainan telah direka-ciptakan dalam satu Ć¢€˜Taman EksplorasiĆ¢€™ untuk digunakan dan dihayati oleh pelajar-pelajar dan guru-guru yang turut menyertai pameran itu.

Projek kelolaan Jabatan Sains dan Sosial itu akan diadakan pada 20 September (Khamis) akan datang, bermula jam 8.30 pagi sehingga 4 petang. Dalam masa sama, lebih daripada 50 buah karya-karya seni visual yang pelbagai seperti arca, cetakan, lukisan dan catatan akan dipamerkan pada aktiviti itu.

Selain pameran karya seni visual, pelawat-pelawat juga berpeluang menghasilkan karya menggambarkan dan mencorak dengan bimbingan dan tunjuk ajar pihak jawatankuasa penganjuran pameran.

Projek Eksplorasi Kreativiti Kanak-kanak dan Pameran Karya Seni itu diusahakan oleh guru-guru pelatih dari kumpulan Major dan Minor Pendidikan Seni Visual.

Objektifnya adalah bagi memenuhi kehendak institut yang menyahut cabaran kualiti pendidikan mengikut kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Pameran itu akan diadakan di Dewan Sri Rajang, IPG Kampus Rajang dan majlis perasmiannya akan dilakukan oleh Pengarah IPG Kampus Rajang, Raymond Gai Panting @ Gaie pada jam 9 pagi.

Beberapa buah sekolah rendah dan sekolah menengah yang berdekatan dengan IPG Kampus Rajang telah dijemput untuk menghadiri pameran itu.

Orang ramai yang berminat dialu-alukan hadir untuk memeriahkan pameran berkenaan.

Sebarang pertanyaan tentang aktiviti itu boleh menghubungi Ling Pik Kuong di talian 019-8888392, Razali Sulong (013-5657155) atau menghububungi pihak IPG Kampus Rajang (084-691910).

http://www.mysarawak.org/2012/09/18/guru-pelatih-ipg-rajang-anjur-projek-eksplorasi-kreativiti-kanak-kanak.html

No comments:

Post a Comment