GEORGETOWN - Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang telah mengarahkan
Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Seberang Perai Utara untuk menyiasat
dakwaan sekumpulan ibu bapa yang anak mereka dirotan guru atas kesalahan
kecil.
Pengarahnya, Ahmad Tarmizi Kamaruddin berkata, sebuah panel khas akan
menyiasat perkara itu dengan memanggil murid dan guru yang terlibat
serta guru besar sekolah.
Siasatan dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya seminggu, katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.
"Tindakan susulan adalah berdasarkan siasatan yang pihak PPD jalankan
dan jika dakwaan ibu bapa berkenaan betul, pihak kita tidak
teragak-agak akan mengambil tindakan tata tertib ke atas guru terbabit,”
katanya. - BERNAMA
"Demi masa.............sesungguhnya manusia sentiasa berada dalam kerugian, kecuali????????....... "Bicara Hikmah................"
Buka peluang kerja wanita berpendidikan
Subang Jaya: Kerajaan memandang serius keciciran wanita berpendidikan
tinggi daripada pasaran pekerjaan disebabkan suasana tempat kerja yang
tidak kondusif untuk wanita berkeluarga.
Menganggap keadaan itu merugikan negara, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan akan berusaha menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan itu.
Pada masa sama, beliau berkata, perkongsian pintar antara kerajaan dan
wanita dengan sektor swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) penting
untuk merealisasikan agenda nasional negara ke arah memartabatkan
wanita.
Kita dapati 65 hingga 68 peratus wanita di negara ini melanjutkan pengajian ke universiti tetapi hanya 46 peratus meneruskan kerjaya walaupun ada pendidikan.
Dalam hal ini, suasana kerja lebih selesa penting supaya wanita yang ada anak dan famili boleh memasuki pasaran kerja, jika tidak adalah merugikan selepas berbelanja besar dan menghantar mereka ke universiti, alih-alih mereka berhenti kerja.
Kita nak dalam masa terdekat ada tambahan lebih 1,000 lagi TASKA. Setiap syarikat dan jabatan kerajaan mesti ada TASKA masing-masing, mungkin juga Ketua Setiausaha Negara (Datuk Seri Ali Hamsa) boleh arahkan semua jabatan kerajaan mewujudkan TASKA supaya wanita berkeluarga dapat memasuki semula pasaran pekerjaan, katanya berucap pada sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2012 bertema Wanita Pencetus Ekonomi Baru di Pusat Persidangan Sunway Pyramid dekat sini, semalam.
Turut hadir Datin Seri Rosmah Mansor; isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Heng Seai Khee; Ketua Setiausaha Negara, Ali dan Ketua Setiausaha kementerian sama, Datuk Dr Noorul Ainur Mohd Nur.
Perdana Menteri yang memangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, berikutan itu Bajet 2013 memberi insentif termasuk geran RM10,000 dan pengecualian cukai berganda kepada pihak yang mengusahakan TASKA.
Beliau berkata, bajet itu juga bersifat mesra wanita dan menggariskan pelbagai insentif untuk manfaat golongan itu bagi mengimbangi peranan tri-fungsi golongan itu sebagai ibu, isteri dan pekerja.
Perdana Menteri berkata, kerajaan kini melatih 200 wanita untuk mengisi jawatan penting pada peringkat lembaga pengarah syarikat menerusi program usaha sama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan Akademi Pengarah Malaysia.Bharian

Bahasa Melayu mampu sampaikan pemikiran kritis
Pemberian peruntukan tambahan RM500 juta dalam Belanjawan 2013 untuk
mempertingkat kemahiran mengajar dalam kalangan pendidik untuk empat
subjek teras, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik,
amat dialu-alukan. Ia bertujuan mengembangkan kemahiran berfikiran
kritis dalam kalangan pelajar oleh guru.
Sehubungan ini, Sejarah yang diangkat menjadi subjek teras dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, perlu turut dimasukkan dalam latihan perguruan ini. Selain subjek wajib, ia antara kurikulum penting yang dapat memupuk asas dan perspektif nasional yang dikongsi bersama.
Kemahiran berfikir aras tinggi sebagai aspirasi penting dalam PPPM,
akan cuba dicapai melalui tiga cara. Pertama, dengan penguasaan
kemahiran berfikiran kreatif dan inovatif, pelajar diajar untuk
memperoleh kepandaian menjana prospek baharu, selain mencipta gagasan
dan pengetahuan baru. Kedua, melalui penguasaan kemahiran
menyelesaikan masalah dan menaakul, pelajar dilatih untuk bersedia
berdepan dengan sebarang masalah, yang kemudian diselesaikan selepas
menaakul dengan kritis dan logik, agar keputusan yang dibuat itu bernas.
Ketiga, melalui penguasaan kemahiran keupayaan belajar, pelajar diasuh untuk memiliki ketangkasan mendorong diri sendiri untuk terus menimba ilmu sepanjang hayat mereka, bagi menjadi warga yang berpengetahuan.
Diakui bidang ini tidak dirangkumi dalam sistem pendidikan negara sebelum ini. Justeru, pelajar kita didapati bukan saja tidak mampu menerapkan ilmu yang diperoleh. Tetapi yang lebih mudarat lagi mereka gagal berfikir secara kritis, khususnya dalam konteks akademik baru.
Sehubungan latihan ini, sesetengah pihak meragui kemampuan guru dalam memperoleh kemahiran begini untuk diri mereka sendiri, sebelum disampaikan kepada pelajar. Dalam hal ini, kita harus meyakini keupayaan guru yang sudah memiliki ilmu mengenai bidang pengkhususan masing-masing, selain ilmu pelajar yang berbagai-bagai dari segi kecerdasan dan lain-lain, serta ilmu pedagogi untuk pendidikan yang berkesan.
Apabila setiap kali subjek Sains dan Matematik disentuh dan kali ini dalam konteks pengajaran kemahiran berfikir aras tinggi melalui dua subjek ini, sebahagian daripada masyarakat yang kepingan dan fanatik dengan bahasa Inggeris, menggunakan kesempatan ini untuk cuba mengembalikan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang sudah dimansuhkan. Alasan yang sama diberikan dan mereka yang menyokong pemansuhannya pula akan memberi hujah yang sama.
Sehubungan ini, sudah tiba masanya PPSMI ini dilupakan dan Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dikembangkan.
Hal ini sebenarnya ditekankan dalam PPPM melalui Anjakan Kedua yang akan memastikan setiap pelajar memiliki kecekapan yang sama dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, iaitu kedua-duanya saling melengkapi sebagai bahasa kemajuan. Untuk ini, bahasa Melayu adalah bahasa ilmu, bahasa Inggeris pula adalah bahasa sumber ilmu.
Dari segi ilmu linguistik, bahasa Melayu kini adalah bahasa moden, yakni bahasa yang mampu mengungkapkan segala macam hal, baik yang konkrit mahupun abstrak, dalam apa-apa juga bidang ilmu. Justeru, dengan upaya sebegini, kita tidak perlu meragui, apatah lagi mempertikai kehandalannya untuk mengendalikan sistem pendidikan negara.
Bahasa Melayu atau bahasa Inggeris, dari segi linguistik, adalah wahana komunikasi, dengan cara dan pola masing-masing yang boleh dengan jayanya digunakan untuk menyampaikan gagasan pemikiran kritis, selain yang logik, oleh penggunanya yang kreatif dan inovatif. Maka tidak timbullah persoalan bahawa bahasa Inggeris lebih ekspresif sifatnya berbanding bahasa Melayu.
Sifat ini, yakni kebolehan menyatakan perasaan, fikiran dan seumpamanya, dengan baik dan lancar, sesungguhnya terletak pada kecekapan berbahasa seseorang itu dan tidak semata-matanya pada sistem bahasa. Sebagai contoh, penggunaan bahasa Melayu yang kreatif dan inovatif berjaya menghasilkan ungkapan Ini sabun baharu. Ini baharu sabun yang indah lagi bermaklumat untuk tujuan pengiklanan sesuatu barangan.
Kita harus meyakini keupayaan bahasa Melayu untuk terus mendidik anak bangsa yang mampu bersaing di persada dunia.Bernama.

Fatimah Hamid Don penerima anugerah Tokoh Wanita 2012
PETALING JAYA: Tokoh pendidikan terulung negara, Puan Sri Dr Fatimah
Hamid Don tidak menyangka jasa beliau membantu pembangunan bidang
pendidikan negara masih dihargai apabila dipilih sebagai penerima
Anugerah Tokoh Wanita 2012 pada sambutan Hari Wanita peringkat
kebangsaan yang diadakan di sini, hari ini.
Anugerah disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga pemangku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sempena majlis sambutan Hari Wanita 2012 peringkat kebangsaan di sini.
Mengimbas kembali kemajuan yang dicapai kaum wanita di negara ini,
Fatimah yang juga wanita Melayu pertama mendapat Ijazah Doktor Falsafah
(Phd), berkata beliau gembira dengan pencapaian wanita masa kini, yang
mampu bersaing dengan lelaki dalam pelbagai bidang termasuk bidang
kerjaya yang sebelum ini dikuasai golongan lelaki seperti sektor
korporat.
"Wanita sekarang lebih maju dan saya kagum dengan mereka. Lepasan universiti juga ramai terdiri daripada golongan wanita. Mereka ini bukan sahaja mempunyai kerjaya, tetapi pada masa sama menjaga keluarga.
"Ini sesuatu yang tidak pernah saya impikan," katanya ketika ditemui pemberita.
Tokoh berusia 79 tahun itu juga menasihatkan golongan wanita untuk terus berani merebut peluang untuk memajukan diri memandangkan kerajaan banyak menyediakan peluang untuk memastikan wanita tidak ketinggalan dalam arus pembangunan.
"Wanita harus meneruskan perjuangan. Jika mereka mempunyai minat dan kebolehan, mereka harus terus berjuang dan hadapi cabaran baru untuk menambahkan pengetahuan. Wanita perlu berani merebut peluang yang ada," katanya.
Sambutan Hari Wanita juga mempunyai nilai tersendiri buat Fatimah memandangkan beliau terlibat secara langsung pada sambutan Hari Wanita pertama di Malaysia, iaitu pada 25 Ogos 1962.
"Hadir pada hari ini membuatkan saya teringat kenangan menyusun kerusi beramai-ramai pada jam 4 pagi untuk dijadikan tempat duduk mereka yang hadir, dan kami berjaya menjemput Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj untuk hadir ke sambutan itu," katanya.
Pemberian anugerah ini lebih manis untuk Fatimah apabila beliau berkongsi pentas dengan dua lagi sahabatnya yang turut sama memperjuangkan hak wanita sejak era kemerdekaan, iaitu Datuk F.R Bhupalan dan Puan Seri Sukumari Sekhar.
Bhupalan, 85, yang juga seorang guru mencatat sejarah sebagai pengasas, pendorong dan penggerak kepada beberapa pertubuhan wanita termasuk penubuhan Kesatuan Guru-Guru Wanita untuk semua guru wanita tanpa mengira bangsa atau cara latihan yang diterima oleh seseorang guru.
Ibu kepada tiga anak itu juga diingati atas nasihatnya yang kekal digunakan iaitu, "adalah penting bagi seorang wanita bekerjaya dan berkeluarga untuk mencari keseimbangan dalam karier, keluarga dan tanggungjawab kemasyarakatan untuk kehidupan harmoni".
"Ada wanita yang mempunyai pendidikan tinggi tetapi memilih untuk tidak bekerja untuk menjaga anak. Wanita sebegini seharusnya membuat pilihan yang bijak. Kami pada masa dahulu juga membesarkan anak, tetapi tetap tidak mahu ketinggalan menyumbangkan jasa kepada negara," katanya.
Beliau juga menasihatkan wanita yang berhadapan dengan diskriminasi di tempat kerja agar tidak mudah mengalah kerana perkara itu bukan sesuatu yang baru dan pernah diperjuangkan beliau dan rakan-rakan yang menuntut guru wanita diberi penghormatan dan gaji yang sama.
Sementara itu, Puan Sri Sukumari Sekhar, 79, yang aktif dalam Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia ketika ditemui, berkata wanita masa kini perlu meletakkan diri pada tahap yang sama tinggi dengan lelaki, selain harus berani bersaing.
Selain tiga tokoh itu, anugerah berkenaan turut diberi kepada wanita pertama yang dilantik sebagai Menteri Kabinet Malaysia, Allahyarhamah Tun Fatimah Hashim atas jasa dan pengorbanan beliau dalam memperjuangkan kemerdekaan negara dan memajukan penglibatan wanita dalam bidang politik. - BERNAMA

Belajar sepanjang hayat
Tiga laluan strategik bina jalur pembelajaran
Ahad lalu, saya berkesempatan berkongsi buah fikiran dalam Program Bicara Hebat sempena Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat anjuran Kementerian Pengajian Tinggi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Perkongsian dalam program ini membangkitkan semangat dan
kesedaran mengenai pentingnya melalui kehidupan seharian dengan
‘semangat cinta belajar’.
Apabila menamatkan alam persekolahan, kita bayangkan berakhirnya ‘dunia buku dan belajar dan ‘merdeka’ dari dunia itu.
Legakan perasaan pelajar
Dari satu perspektif, ia baik kerana melegakan perasaan pelajar dan graduan selepas sekian lama berulit dengan buku, kertas kerja dan peperiksaan.
Tetapi dari sudut lain pula, ia menanamkan kefahaman bahawa belajar cuma berlaku di alam berkenaan dan untuk mendapatkan sijil kelulusan saja.
Apabila masuk alam pekerjaan, minat belajar terus pudar dan perbincangan berkaitan dengannya tidak lagi menjadi tumpuan.
Pemahaman inilah yang perlu diperbetulkan kerana belajar tiada had masa dan tempoh. Sebenarnya semakin kita belajar semakin banyak yang kita tidak ketahui.
Menurut Sayyid Qutb dalam Tafsirnya Fi Zilal al-Quran, ilmu Allah itu tidak terbatas luasnya dan tidak mampu dijangkau semuanya oleh manusia. Oleh itu, hendaklah kita tidak bersikap sombong dengan sentiasa ingin mendalaminya. Apa saja yang boleh membawa kebaikan dan kesejahteraan perlu dipelajari sama ada secara formal atau tidak kerana ia adalah tuntutan Islam.
Sabda Rasulullah bermaksud: “Tuntutlah ilmu dari buaian sehinggalah ke liang lahad,” jelas menunjukkan Islam menyarankan pembelajaran sepanjang hayat.
Tiga laluan strategik
Saya mahu berkongsi tiga laluan strategik dalam membina jalur pembelajaran sepanjang hayat (PSH) yang boleh dilaksanakan dalam setiap aspek kehidupan termasuklah dunia kerjaya.
Pertama, tentukan matlamat yang ingin dicapai dalam kerjaya. Dengan matlamat kerja yang jelas dan berasaskan pencapaian yang tinggi, pekerja akan berusaha mempelajari kaedah dan kemahiran untuk mencapainya.
Di sinilah laluan pembelajaran secara formal seperti mengikuti kursus, bengkel dan ceramah atau secara tidak formal melalui pembacaan, perkongsian pengalaman, perbincangan dan pandangan daripada rakan dan pakar diperoleh.
Kerja bersandarkan nasib dan tidak berdasarkan pengetahuan, amat dibenci dalam Islam. Ibarat pepatah Melayu, untung sabut timbul, untung batu tenggelam”. Matlamat dapat mengelakkan kerja yang dilakukan menjadi sia-sia, merugikan serta tidak diketahui arah tuju haluannya.
Matlamat kerja
Penentuan matlamat kerja sangat penting dalam Islam kerana ia juga menentukan kedudukan kita di sisi Allah SWT.
Justeru itulah kita disunatkan untuk berdoa: “Ya Tuhan Kami kurniakanlah bagi kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat serta jauhkanlah kami daripada seksaan api neraka”.
Kedua, laluan pembelajaran sepanjang hayat juga boleh berlaku melalui usaha memupuk keseronokan bekerja.
Keseronokan bekerja bukan sekadar untuk menjamin penghasilannya, tetapi di sepanjang usaha itu banyak pengetahuan boleh dipelajari kadangkala tanpa disedari.
Contohnya, untuk menimbulkan keseronokan, seseorang pekerja atau majikan akan mengenal pasti perkara yang boleh menimbulkan minat dan mengelakkan kebosanan seperti mewujudkan suasana persekitaran bilik atau dekorasi dan susun atur perabot dalam ruang pejabat yang bersih, cantik dan kemas.
Usaha mengenal pasti bahan, kualiti perabot dan dekorasi pejabat untuk tujuan membuka ruang pengetahuan yang lain pula daripada bidang kerja.
Ketiga, menghargai pandangan rakan, majikan dan pelanggan dan belajar daripada kejayaan dan kegagalan orang lain. Ia adalah laluan percuma untuk pekerja mempelajari sesuatu yang baik. Ia boleh diperoleh sama ada melalui mesyuarat, perbincangan meja bulat mahupun aduan dan maklum balas.
Malah, kesanggupan untuk belajar daripada kesilapan adalah guru yang paling efektif. Sabda Rasulullah SAW “Kamu lebih mengetahui urusan duniamu”. (Riwayat Muslim).
Kejayaan orang lain seperti kemampuan membuat keputusan yang tepat, inovasi dan idea kreatif adalah contoh yang boleh dipelajari asalkan ia diperoleh dengan cara yang benar dan halal.
Justeru, sama ada disedari atau tidak, ketiga-tiga faktor ini mampu menjadi tapak dan membuka laluan menimba pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang bermanfaat untuk merealisasikan pembelajaran sepanjang hayat di tempat kerja.
Setiap yang berlaku dalam kehidupan itu tiada yang sia-sia, penuh hikmah dan mampu menjadi wasilah untuk mendapat kejayaan dunia dan akhirat. Cuma bergantung sejauh mana kita mengamati, menghayati dan menerimanya sebagai input untuk memberi pelajaran dan pengajaran.
Ahad lalu, saya berkesempatan berkongsi buah fikiran dalam Program Bicara Hebat sempena Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat anjuran Kementerian Pengajian Tinggi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Kesanggupan untuk belajar daripada kesilapan adalah guru yang paling efektif. Sabda Rasulullah SAW “Kamu lebih mengetahui urusan duniamu”. (Riwayat Muslim).Masih terkesan dengan perkongsian bersama ahli panel dan peserta dalam program itu, saya rasa elok saya ketengahkan dalam penulisan kali ini, mudah-mudahan dapat dimanfaatkan bersama.
Apabila menamatkan alam persekolahan, kita bayangkan berakhirnya ‘dunia buku dan belajar dan ‘merdeka’ dari dunia itu.
Legakan perasaan pelajar
Dari satu perspektif, ia baik kerana melegakan perasaan pelajar dan graduan selepas sekian lama berulit dengan buku, kertas kerja dan peperiksaan.
Tetapi dari sudut lain pula, ia menanamkan kefahaman bahawa belajar cuma berlaku di alam berkenaan dan untuk mendapatkan sijil kelulusan saja.
Apabila masuk alam pekerjaan, minat belajar terus pudar dan perbincangan berkaitan dengannya tidak lagi menjadi tumpuan.
Pemahaman inilah yang perlu diperbetulkan kerana belajar tiada had masa dan tempoh. Sebenarnya semakin kita belajar semakin banyak yang kita tidak ketahui.
Menurut Sayyid Qutb dalam Tafsirnya Fi Zilal al-Quran, ilmu Allah itu tidak terbatas luasnya dan tidak mampu dijangkau semuanya oleh manusia. Oleh itu, hendaklah kita tidak bersikap sombong dengan sentiasa ingin mendalaminya. Apa saja yang boleh membawa kebaikan dan kesejahteraan perlu dipelajari sama ada secara formal atau tidak kerana ia adalah tuntutan Islam.
Sabda Rasulullah bermaksud: “Tuntutlah ilmu dari buaian sehinggalah ke liang lahad,” jelas menunjukkan Islam menyarankan pembelajaran sepanjang hayat.
Tiga laluan strategik
Saya mahu berkongsi tiga laluan strategik dalam membina jalur pembelajaran sepanjang hayat (PSH) yang boleh dilaksanakan dalam setiap aspek kehidupan termasuklah dunia kerjaya.
Pertama, tentukan matlamat yang ingin dicapai dalam kerjaya. Dengan matlamat kerja yang jelas dan berasaskan pencapaian yang tinggi, pekerja akan berusaha mempelajari kaedah dan kemahiran untuk mencapainya.
Di sinilah laluan pembelajaran secara formal seperti mengikuti kursus, bengkel dan ceramah atau secara tidak formal melalui pembacaan, perkongsian pengalaman, perbincangan dan pandangan daripada rakan dan pakar diperoleh.
Kerja bersandarkan nasib dan tidak berdasarkan pengetahuan, amat dibenci dalam Islam. Ibarat pepatah Melayu, untung sabut timbul, untung batu tenggelam”. Matlamat dapat mengelakkan kerja yang dilakukan menjadi sia-sia, merugikan serta tidak diketahui arah tuju haluannya.
Matlamat kerja
Penentuan matlamat kerja sangat penting dalam Islam kerana ia juga menentukan kedudukan kita di sisi Allah SWT.
Justeru itulah kita disunatkan untuk berdoa: “Ya Tuhan Kami kurniakanlah bagi kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat serta jauhkanlah kami daripada seksaan api neraka”.
Kedua, laluan pembelajaran sepanjang hayat juga boleh berlaku melalui usaha memupuk keseronokan bekerja.
Keseronokan bekerja bukan sekadar untuk menjamin penghasilannya, tetapi di sepanjang usaha itu banyak pengetahuan boleh dipelajari kadangkala tanpa disedari.
Contohnya, untuk menimbulkan keseronokan, seseorang pekerja atau majikan akan mengenal pasti perkara yang boleh menimbulkan minat dan mengelakkan kebosanan seperti mewujudkan suasana persekitaran bilik atau dekorasi dan susun atur perabot dalam ruang pejabat yang bersih, cantik dan kemas.
Usaha mengenal pasti bahan, kualiti perabot dan dekorasi pejabat untuk tujuan membuka ruang pengetahuan yang lain pula daripada bidang kerja.
Ketiga, menghargai pandangan rakan, majikan dan pelanggan dan belajar daripada kejayaan dan kegagalan orang lain. Ia adalah laluan percuma untuk pekerja mempelajari sesuatu yang baik. Ia boleh diperoleh sama ada melalui mesyuarat, perbincangan meja bulat mahupun aduan dan maklum balas.
Malah, kesanggupan untuk belajar daripada kesilapan adalah guru yang paling efektif. Sabda Rasulullah SAW “Kamu lebih mengetahui urusan duniamu”. (Riwayat Muslim).
Kejayaan orang lain seperti kemampuan membuat keputusan yang tepat, inovasi dan idea kreatif adalah contoh yang boleh dipelajari asalkan ia diperoleh dengan cara yang benar dan halal.
Justeru, sama ada disedari atau tidak, ketiga-tiga faktor ini mampu menjadi tapak dan membuka laluan menimba pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang bermanfaat untuk merealisasikan pembelajaran sepanjang hayat di tempat kerja.
Setiap yang berlaku dalam kehidupan itu tiada yang sia-sia, penuh hikmah dan mampu menjadi wasilah untuk mendapat kejayaan dunia dan akhirat. Cuma bergantung sejauh mana kita mengamati, menghayati dan menerimanya sebagai input untuk memberi pelajaran dan pengajaran.
Perlu diperluas ke seluruh negara
Guru Kaunseling Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
Seri Nibong di Nibong Tebal, Hasruldani Husain, meyakini program
Kecemerlangan Akademik dan Motivasi Sekretariat Malaysia Prihatin -
Utusan Malaysia memberi impak besar dari segi meningkatkan motivasi
peserta.
Terdapat kewajaran untuk mengembangkan program itu ke seluruh negara, khususnya dalam kalangan pelajar Melayu.
Ketika ini, program berkenaan diadakan di Perak, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Kelantan.
Ujarnya, ketika tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hanya tinggal 34 hari, maka keperluan untuk memberi fokus kepada teknik menjawab soalan akan menjadi faktor kritikal kepada calon.
Kepada beliau, gabungan kemantapan motivasi oleh pakar Utusan Malaysia, Dr. Ismail Zain dan pengalaman guru-guru pakar subjek merupakan ramuan yang cukup serasi untuk melonjakkan pelajar ke satu tahap baharu yang lebih baik.
"Pelajar selalu menyangka mereka telah cukup bersedia, tetapi setelah mengikuti program seperti ini, mereka mengubah fikiran, sebenarnya masih banyak yang mereka perlu kuasai kalau hendak mendapat semua A,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.
Teknik menjawab yang betul sepertimana skema pemarkahan adalah satu contoh pengetahuan yang perlu dikuasai pelajar.
Di sekolah, katanya, guru menggandakan usaha menjelang peperiksaan, dan pada setiap hujung minggu pihak sekolah akan menjemput penceramah luar.
Bagi beliau, program pendidikan yang diatur dan dianjurkan oleh pihak Utusan Malaysia memang diikutinya sejak sekian lama, dan apabila wakil SMP menghubungi pihaknya berhubung penganjuran program itu, beliau tidak berpaling lagi.
"Saya sentiasa menggalakkan calon untuk mencuba soalan-soalan yang disediakan oleh Portal Pendidikan Utusan yang mempunyai reputasi yang baik,'' katanya.
SMK Seri Nibong merupakan sekolah kawalan yang terkenal dalam melahirkan atlet acara sukan memanah sebagai sukan berprestasi tinggi.
Bidang kokurikulum turut mengharumkan nama sekolah itu seperti terpilih ke peringkat akhir Forum Remaja Peringkat Antarabangsa di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Sekolah itu juga muncul selama tiga tahun berturut-turut sebagi terbaik di Seberang Prai Selatan dan lapan yang terbaik di Pulau Pinang.
Antara yang membantu meletakkan sekolah di atas podium termasuklah guru sekolah sendiri yang mempraktikkan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan dan berstamina.
"Sebagai contoh, jika ada program akademik, mereka akan menunggu sehingga habis program,'' ujar beliau yang mula mengajar di situ sejak 1999. SMK Seri Nibong mula beroperasi pada 1998.
Peratus lepasan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) turut membanggakan, sambil memberi contoh kalau 170 calon lepasan SPM, 120 berjaya melanjutkan pelajaran.
Beliau memberitahu, pada tahun ini, seramai 177 pelajar sekolah itu menduduki kertas SPM, dan 80 daripadanya menghadiri program anjuran SMP-Utusan Malaysia.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20121001/pe_01/Perlu-diperluas-ke-seluruh-negara#ixzz28DagDvjC
© Utusan Melayu (M) Bhd

Konsep guru penyayang tangani masalah disiplin pelajar
Kementerian Pelajaran merancang membudayakan konsep Guru Penyayang di
setiap sekolah rendah dan menengah di seluruh negara kerana
pelaksanaannya terbukti berkesan dalam menangani gejala disiplin di
kalangan pelajar.
Ketua Unit Kaunseling, Sektor Pengurusan Kaunseling dan Disiplin Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pelajaran, Ab. Rahim Othman berkata, program yang diperkenalkan sejak Februari lalu itu terbukti memberi impak positif terhadap perkembangan pembelajaran pelajar.
"Impaknya, pelajar lebih berminat untuk datang ke sekolah setiap hari tanpa berasa sebarang tekanan serta mempunyai hubungan akrab dengan guru dan pihak sekolah.
"Minat itu didorong oleh rasa selesa dengan guru yang sebelum ini dikatakan bersikap garang atau terlalu tegas dengan anak murid mereka,'' katanya ketika ditemui pemberita pada Konvensyen Guru Penyayang Peringkat Kebangsaan di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Konvensyen itu melibatkan 200 peserta terdiri daripada pengetua dan guru besar, guru kaunseling, guru disiplin, pegawai kaunseling dan disiplin jabatan pelajaran negeri serta wakil persatuan guru.
Menurut Ab. Rahim, konsep Guru Penyayang bertujuan membudayakan sikap kasih sayang di kalangan guru terhadap murid di sekolah dengan harapan besar bahawa murid merupakan aset yang perlu diberi perhatian dan disayangi setiap masa.
Konsep tersebut dilaksanakan melalui tiga amalan iaitu dengan guru-guru mengalu-alukan kehadiran murid ke sekolah, memberi penghargaan kepada murid seperti sambutan hari jadi dan program mentor mentee.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20121001/pe_03/Konsep-guru-penyayang-tangani-masalah-disiplin-pelajar#ixzz28DZm6N5e

Subscribe to:
Posts (Atom)