Kuala Lumpur: Seramai 10,715 graduan institut
pendidikan guru Malaysia (IPGM) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang
tamat pengajian tahun ini akan dilantik ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Siswazah (PPPS) Gred DG41.
Daripada jumlah itu, 2,960 orang yang tamat
pengajian Jun lalu sudah ditempatkan secara interim dan dalam proses ditemuduga
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi,
berkata pelantikan ke jawatan PPPS Gred DG41 adalah langkah jangka pendek
kerajaan bagi mengatasi masalah penempatan guru baru.Katanya, pelantikan itu bagaimanapun tertakluk
kepada memenuhi syarat skim PPPS, membuat permohonan kepada SPP dan lulus temu
duga.
“Baki 7,755 graduan yang tamat pengajian pada
September dan Disember tahun ini, perlu memohon jawatan PPPS Gred DG41 secara
online ke SPP melalui Jobs Malaysia dalam laman sesawang SPP bagi temu duga
pada tahun depan,” katanya di Dewan Rakyat, semalam.
Beliau menjawab soalan Khairy Jamaluddin
(BN-Rembau) mengenai langkah jangka pendek dan jangka panjang diambil
kementerian bagi memastikan penempatan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
(ISMP).
Mohd Puad berkata, kementerian juga menjalankan
kajian norma perjawatan, unjuran, dasar penempatan dan pertukaran guru serta
kumpulan pelaksana mulai tahun depan, bagi membangunkan model baru pengurusan
sumber manusia pendidikan di negara ini bermula 2014.Menjawab soalan tambahan Khairy mengenai rayuan 63
graduan ISMP yang gagal temu duga SPP, Mohd Puad berkata mereka akan diberi
peluang kedua.
sumber : Berita Harian bertarikh 23.11.2012
No comments:
Post a Comment