Guru cemerlang : Ya….berita mengenai guru
baru-baru yang diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yaasin sebenarnya keistimewaan
yang diberikan diberikan kepada guru, guru besar, pengetua yang melanjutkan
pelajaran samada sepenuh masa atau PJJ. Mereka-mereka ini dahulu lagi sudah
ditemuduga untuk pengesahan jawatan.
Walaubagaimanapun, lantikan baru tetap kena
menghadiri temuduga juga.
Guru Cemerlang Ijazah Separuh Masa, PJJ, Boleh
Naik Gred DG41 Tanpa Temuduga
SEREMBAN – Guru cemerlang, guru besar dan
pentadbir cemerlang yang memperoleh ijazah sama ada secara separuh masa atau di
bawah program Pengajian Jarak Jauh akan dilantik terus ke Gred DG41 tanpa perlu
hadir temu duga.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin
Yassin yang mengumumkan perkara itu semalam berkata, guru cemerlang berkenaan
boleh memohon terus kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) untuk
dikecualikan daripada proses temu duga.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran turut
mengumumkan calon guru cemerlang pada tahap akademik dan ikhtisas selepas
menamatkan pengajian, akan dilantik terus tanpa proses temu duga sebagai guru
pelatih mulai tahun depan.
Pada bulan lepas beliau mengumumkan bahawa
calon guru yang bakal dipilih ialah 30 peratus dalam kalangan mereka dengan
keputusan 9A dan berminat dalam bidang perguruan.
Bagi kami, ini strategi merupakan antara
strategi & usaha pihak kerajaan buat banyak insentif kepada kalangan guru
untuk tujuan menarik lebih ramai pelajar cemerlang dalam pelajaran untuk
menyertai profesion perguruan ini. Ini kerana kalangan pelajar cemerlang hari
ini dilihat lebih berminat & cenderung dengan profesion lain seperti
perubatan, kejuruteraan, farmasi, perundangan dan sebagainya.
Yang paling pentingnya, pelajar-pelajar di
masa akan datang akan mendapat lebih ramai guru yang lebih berkualiti, cekal
& bersemangat tinggi bagi mendidik anak bangsa kita bagi menghasilkan bakal
“rakyat & pelajar yang ada kualiti” daripada kilang yang juga “berkualiti”
(kalangan guru cemerlang)
No comments:
Post a Comment